Total Pageviews

Sunday, April 10, 2011

Nasi lemak dik..siri 2

"Jap-jap...aku nk buat nescafe jap...sedap minum mlm2 gini" kata Adila. "Ape kate ko buat dlm 'jug' tuh..leh kiteorg minum gak" balas Asma smbil senyum sinis. " Byk cantik..aku buat penat2 korang minum pulak" ujar Adila. Memang menjadi rutin pelajar politeknik jika hendak 'overnight', mesti disertakan dengan nescafe panas sambil menghirup udara segara malam hari."nk dengar ke tak citer aku nih? aku balik r mcm nih..." mencebik si Zira. " Ok2..jap2..nk siap dah nih..ala2 merajok pulak makcik sorang nih" balas Asma. "ko citer je zira oit.." balas Adila.

Ok. Mcm nih citer nye.

Berlaku kira-kira 2 tahun lepas di poli nih juga. Ada seorang pelajar perempuan dikenali dengan nama Mai. Mai merupakan pelajar sem 3, senior ketika itu. Dia antara yg paling tegas ketika minggu MSK(minggu suai kenal) politeknik tersebut. Pantang sahaja bising atau junior2 berjaga malam, dia akan tegur dengan tegas. Dia juga bertugas sebagai Ajk disiplin ketika itu. Jadi tidak hairan la dia memastikan kelancaran program yang diatur, mengikut jadual yang dirangka. Tetapi sudah menjadi kebiasaan ada yang membantah dengan ketegasannya, lebih2 lagi junior. Jadi bagi malam terakhir, mereka merancang untuk mengenakan Kak Mai. Mereka tidak mengetahui bahawa malam itu, ada yg mendengar..

Mereka, iaitu Azee, Nisa, dan Pip, merancang untuk menakutkan Kak Mai dengan berpakaian seperti hantu. Mereka tau Kak Mai akan membuat rondaan terakhir ke setiap aras blok V1, jadi itu la masa mereka akan membuat tindakkan. Mereka siap dengan kain putih dan topeng yang Nisa beli di pekan Tanjung Malim, menunggu mangsa, Kak Mai. "mane die nih Pip, ko kate nk datang" resah Azee. "tunggu je..ada la die tu nnt" kata Pip. Sedang mereka menunggu, Nisa ternampak seperti ada seorang wanita berjalan kearah mereka. "Kak Mai tuh" bisik Nisa kepada dua rakan dia itu. Mereka menyorok dibalik dinding. Tetapi aneh, mereka tidak mendengar tapak kaki atau bunyi kesan seretan kaki pada lantai. Setelah lama menunggu..kak tadi tidak pun muncul. Nisa melihat untuk memastikan ada tidak kak Mai. Pelik

"aku tak nampak pun die..mane die ilang?" kata Nisa yg membuat rakan2nya bingung. Mereka mencari mana Kak Mai mungkin berada. Sedang mereka berjalan ke tangga, mereka ternampak salah satu pintu bilik asrama aras 3 tersebut terbuka. Kak Syaz keluar bilik dan terperanjat melihat mereka. "Ape korang buat nih?" marah dia. Kak Syaz sudah biasa dengan usikkan begini, maklum lah senior. "Tanggal topeng tuh" tengking dia lagi. "da pukul 2 pagi da nih...pegi tidor.." tegas dia. "ye la kak..kami mintak maaf" kata Nisa, Pip   ,dan Azee. "Jap2..kan akak da kata bukak topeng tuh" kata Kak Syaz yg membingungkan rakan bertiga itu. "La yg kat belakang ko tuh Azee" kata Kak Syaz yg membuat mereka bertambah bingung. Tercengang mereka bertiga. "Kak Syaz...kami bertiga je....errr....kak marah sape lg?...." tanya Azee. "......kalo mcm tuh...masuk bilik akak sekarang n jangan membantah...." kak Syaz memberi arahan dalam nada berlainan. Dengan pantas mereka bertiga bersama kak Syaz masuk kedalam bilik Kak Syaz."kenapa kak??!!" tanya Nisa dengan cemas. "sebab tu kami suruh adik2 semua tdo awal n jangan buat kecoh..." jawapan Kak Syaz tidak memuaskan hati mereka bertiga. "tak pe la..korang betul bertiga je kan?" tanya kak Syaz. "ye la kak...kami nk kenekan kak Mai..malam last kn..." jawab Pip yg masih penuh dengan persoalan.

"mcm nih...td mase akak marah..akak ada nampak kt belakang Azee..yg keempat..." kata Kak Syaz yg meremangkan bulu roma setiap yg berada dalam bilik tersebut. Azee menelan air liurnya, Nisa berpeluh ketakutan, dan Pip pula terduduk. Tiba-tiba terdengar seperti ada yg ketawa dalam keadaan yg menakotkan di balik pintu bilik. Ia disusuli dengan hilaian yang panjang, yang membuat tiap2 gadis didalam bilik tersebut kaku. "satu lagi...kak Mai balik kampung..ayah die tak sihat" tambah kak Syaz. "Jadi..ape yg kita nampak?"  

1 comment: