Total Pageviews

Monday, June 27, 2011

Nasi Lemak Dik : Laluan Gelap siri 3

"oit dila...nk minum ke x nescafe nih?" tanye si Asma..dengan memegang jug berisi nescafe. "nak2..ala..x sabar la  ko nih...hehe" balas Adila. "HAH!" menjerit si Adila dengan tiba2, membuat Zira dan Asma terkejut. "asl Dila????" tanya Zira dlm nada yg ketakutan. "xda ape...just teringat citer abg aku, Fendi". "Citer ape? citer je la..ngah melayan citer seram2 yg angker2 nih bes gak" kata Zira. "nasib aku x campak jug nih kt ko td Dila oit, kus smangat!" marah si Asma. "saje2 suspen sikit..heee" kata Adila sambil tersenyum. Asma pn menuangkn air ke mug masing2...sedap nescafe layan malam2 buta nih. Jam 12.30 pagi. Sepi kaki lima depan bilik Adila. "mcm nih citernye, abg aku kn blajar kt U, so.." x sempat Adila menghabiskn ayatnya, Zira menyampuk "ensem x abg ko?". Soalan yg dibalas dengan balingan bantal daripada Adila. "ok mane aku td?...erm..abg aku...mcm nih citernye...."

"Aduh...da mlm nih..ingtkn pas futsal nk lepak kejap...asl da kul 3 nih" kata Fendi. "tu la...yg pegi sembang citer kajol lah, tetibe nora danish la, pas 2 bola la, politik la...silap la duk ngan Zam..buku citer 1001 pn x hebat cam die" kata Amirul yg dibalas ngan tertawa daripada kawan2nya sekereta. "dah la..aku da rase x sedap hati nih" kata Syawal. Syawal perwatakan yg agak alim. "ye la...kn Fendi da bawak nih..nk balik la nih..."kata Pudin, menyedapkn hati si Syawal. Dengan berbekalkan Myvi hitam, mereka menyusuli jalan. "wei aku ade teringt 'short-cut' kt blakang Unih...jom try" kata Amirul. "OK" kata semua kecuali Syawal. "aku ikut korang jek" kata Syawal. Fendi, yg memandu, melalui sebuah jambatan lama yg menghubungkan jalan besar dengan jalan pintas ke U. Dlm mereka berlima melalui jambatan tersebut,  Fendi ternampak seperti ada seorang wanita di bahu jalan, trus dia berkata "awek mane plak duk tepi jalan pagi2 buta nih?" yg mmbuatkn kawan2 yg berada didalam bingung. "pmpuan? mane ade Fendi...aku x nmpk pn...memandai jek" kata Amirul. "betul la..xkn aku nk memain plak" balas Fendi dengan muka tegas. "ala, kalo ade ape2 ko bgtau aku...aku bukak kekuda aku..haha.." sapaan Zam yg membuat Syawal tak senang duduk berkata "jgn ckp besar Zam oit..nih bkn tempat kite".

Sedang mereka menyusuri jalan itu, dengan tetiba ternampak lagi kelibat gadis yg sama di bahu jalan, tetapi kali ini mereka, Fendi, Zam, Amirul, Pudin dan Syawal ternampak kelibat tersebut. Muka mereka daripada tenang menjadi gelisah. "kan aku da kate..jgn ckp besar..."kata Syawal. "aku da agak da...mmg x sedap hati" tmbah dia lagi. "relek Syawal...insyallah semua ok...." pujuk Pudin. Fendi cuba melawan perasaan dan memandu dengan cermat. Tetapi yg menghairankn dia, jalan yg sepatutnya memakan masa 10 minit terasa lama. "ah..mungkin penat kot" pujuk dirinya sendiri. Dalam dia bermonolog, tiba-tiba die ternmpak gadis td betul2 dihadapan keretanya, x sempat mengelak dan melanggar gadis itu. " Ah sudah! adoi...wei aku langgar org plak!" panik si Fendi. " mcm mane ko bawak wei? adoi" kata Amirul, "La..adus..mcm mane nih? turun2!" kata Zam. Mereka semua turun kecuali Syawal. "Check keta ada calar ke ape ke...pasl aku ada rase langgar something!" jerit Fendi. Bila di bumper depan, Fendi pelik, mana kesan langgar gadis td? kerana keadaan bumper depannya elok tak terusik. "mungkin perasaan aku je kot" melegakan hati sendiri, Fendi. Semua masuk ke kereta semua, dan x sampai seminit, Syawal bersuara " die ade...jom patah balik...bahaya nih." dalam nada ketakutan. "patah balik? ada? bhaya?  apenye Syawal?" tanya Zam. "JANGAN MEMBANTAH !" tegas Syawal, dan semua akur.

Fendi membuat U-turn dan terus ke jambatan tadi, tetapi kereta terasa berat, kelajuan Myvi tersebut hanya 20km/j sahaja. Itu telah membuat semua didalam kereta tersebut terdiam ketakutan. Terasa lama perjalan balik ke jambatan, enjin Myvi berderum seperti enjin lori menaiki bukit. Dan kedengaran kereta mereka seperti di hentak dari atas bumbung. Sampai sahaja di kaki jambatan, kereta Fendi berjalan seperti biasa. Mereka semua menarik nafas lega. Keesokkan harinya, mereka berjumpa semula. Syawal menceritakkan bahawa sedang kawan2 dia smua keluar kereta, dia ternmpak gadis yg mereka semua nampak tadi memanjat bumbung kereta, "betul wei, aku x tipu, aku ingt korg nmpak" tambah Syawal. "ye la...kiteorg pn da rase..dah la..pas nih x yah lalu jalan 2 lagi" tegas Fendi. Zam ada membuat kajian, rupa2 nya jambatan itu adalah tempat dimana terdapat 3 kes bunuh diri, dan kesemuanya adalah perempuan. Kata-kata Zam menguatkan lagi keyakinan 5 sekawan tersebut tentang kerasnya tempat tersebut....

Sunday, April 10, 2011

Nasi lemak dik..siri 2

"Jap-jap...aku nk buat nescafe jap...sedap minum mlm2 gini" kata Adila. "Ape kate ko buat dlm 'jug' tuh..leh kiteorg minum gak" balas Asma smbil senyum sinis. " Byk cantik..aku buat penat2 korang minum pulak" ujar Adila. Memang menjadi rutin pelajar politeknik jika hendak 'overnight', mesti disertakan dengan nescafe panas sambil menghirup udara segara malam hari."nk dengar ke tak citer aku nih? aku balik r mcm nih..." mencebik si Zira. " Ok2..jap2..nk siap dah nih..ala2 merajok pulak makcik sorang nih" balas Asma. "ko citer je zira oit.." balas Adila.

Ok. Mcm nih citer nye.

Berlaku kira-kira 2 tahun lepas di poli nih juga. Ada seorang pelajar perempuan dikenali dengan nama Mai. Mai merupakan pelajar sem 3, senior ketika itu. Dia antara yg paling tegas ketika minggu MSK(minggu suai kenal) politeknik tersebut. Pantang sahaja bising atau junior2 berjaga malam, dia akan tegur dengan tegas. Dia juga bertugas sebagai Ajk disiplin ketika itu. Jadi tidak hairan la dia memastikan kelancaran program yang diatur, mengikut jadual yang dirangka. Tetapi sudah menjadi kebiasaan ada yang membantah dengan ketegasannya, lebih2 lagi junior. Jadi bagi malam terakhir, mereka merancang untuk mengenakan Kak Mai. Mereka tidak mengetahui bahawa malam itu, ada yg mendengar..

Mereka, iaitu Azee, Nisa, dan Pip, merancang untuk menakutkan Kak Mai dengan berpakaian seperti hantu. Mereka tau Kak Mai akan membuat rondaan terakhir ke setiap aras blok V1, jadi itu la masa mereka akan membuat tindakkan. Mereka siap dengan kain putih dan topeng yang Nisa beli di pekan Tanjung Malim, menunggu mangsa, Kak Mai. "mane die nih Pip, ko kate nk datang" resah Azee. "tunggu je..ada la die tu nnt" kata Pip. Sedang mereka menunggu, Nisa ternampak seperti ada seorang wanita berjalan kearah mereka. "Kak Mai tuh" bisik Nisa kepada dua rakan dia itu. Mereka menyorok dibalik dinding. Tetapi aneh, mereka tidak mendengar tapak kaki atau bunyi kesan seretan kaki pada lantai. Setelah lama menunggu..kak tadi tidak pun muncul. Nisa melihat untuk memastikan ada tidak kak Mai. Pelik

"aku tak nampak pun die..mane die ilang?" kata Nisa yg membuat rakan2nya bingung. Mereka mencari mana Kak Mai mungkin berada. Sedang mereka berjalan ke tangga, mereka ternampak salah satu pintu bilik asrama aras 3 tersebut terbuka. Kak Syaz keluar bilik dan terperanjat melihat mereka. "Ape korang buat nih?" marah dia. Kak Syaz sudah biasa dengan usikkan begini, maklum lah senior. "Tanggal topeng tuh" tengking dia lagi. "da pukul 2 pagi da nih...pegi tidor.." tegas dia. "ye la kak..kami mintak maaf" kata Nisa, Pip   ,dan Azee. "Jap2..kan akak da kata bukak topeng tuh" kata Kak Syaz yg membingungkan rakan bertiga itu. "La yg kat belakang ko tuh Azee" kata Kak Syaz yg membuat mereka bertambah bingung. Tercengang mereka bertiga. "Kak Syaz...kami bertiga je....errr....kak marah sape lg?...." tanya Azee. "......kalo mcm tuh...masuk bilik akak sekarang n jangan membantah...." kak Syaz memberi arahan dalam nada berlainan. Dengan pantas mereka bertiga bersama kak Syaz masuk kedalam bilik Kak Syaz."kenapa kak??!!" tanya Nisa dengan cemas. "sebab tu kami suruh adik2 semua tdo awal n jangan buat kecoh..." jawapan Kak Syaz tidak memuaskan hati mereka bertiga. "tak pe la..korang betul bertiga je kan?" tanya kak Syaz. "ye la kak...kami nk kenekan kak Mai..malam last kn..." jawab Pip yg masih penuh dengan persoalan.

"mcm nih...td mase akak marah..akak ada nampak kt belakang Azee..yg keempat..." kata Kak Syaz yg meremangkan bulu roma setiap yg berada dalam bilik tersebut. Azee menelan air liurnya, Nisa berpeluh ketakutan, dan Pip pula terduduk. Tiba-tiba terdengar seperti ada yg ketawa dalam keadaan yg menakotkan di balik pintu bilik. Ia disusuli dengan hilaian yang panjang, yang membuat tiap2 gadis didalam bilik tersebut kaku. "satu lagi...kak Mai balik kampung..ayah die tak sihat" tambah kak Syaz. "Jadi..ape yg kita nampak?"  

Friday, April 8, 2011

Nasi lemak adik.....siri 1

"Argh....byknye keje" merungut si Adila sorang2 dalam bilik. Dia stress memikirkan assigment yg dia harus selesaikan dalam 2 hari. Ditambah pula dia adalah salah seorang AJK persatuan di politeknik. Adila, seorang gadis berumur 18 tahun, pelajar semester 1 di sebuah politeknik. Dia memang sudah terbiasa dengan kerja2 yg bertimbun-timbun. Tetapi malam ini terasa lain sikit. Teman sebiliknya, Ana, telah pulang ke kampung halaman kerana urusan keluarga, 'sorang2 nampaknye aku nih' kata Adila sambil mengeluh. Dia dan teman sebiliknya menginap di asrama politeknik yg mempunyai 3 tingkat. Jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Adila tekad untuk menyiapkan 'assignment' dia mlm tersebut juga.

"Tengah buat ape tu Dila?". Adila dikejutkan dengan suara di pintu. "Ooo..ko Zira..nk ape?" balas Adila. "tak ada ape, saje nk kaco ko" dibalas dengan senyuman. Mereka bersembang sambil tangan Adila menari-nari menyudahkan kerjanya. Adila memang terkenal dengan 'multitasking'. "Sembang2 tak ajak aku ek?" kata Asma, jiran searas yg berdiri di depan pintu bilik. "Masuk la Puan Besar! Hahaha" tertawa si Zira. Mencebik si Asma. "Ape yg korang sembang-sembang nih?" tanya dia. "xda ape2 pun..sembang kosong jek" balas Zira. "Kalo mcm tuh nk dengar citer x?" cadangan Asma yg disambut dengan senyuman daripada Adila dan Zira. "ok gak 2..tp citer ape?" tanye si Adila. "citer hantu, yg aku dengar dr kak senior sem 6, Kak Rad. "Citer je la..ngah boring2 nih boleh gak layan citer hantu" sapa Zira sambil memeluk teddy bear kepunyaannya. "ok mcm nih citer nye..."

Mcm nih ceritanya...rakan sebilik dan sekelas Shazri dan Lan baru je menyiapkan kerja presentation yg En Manogaran bagi untuk subjek Mekanik Bendalir. "Oit..buat ape 2?" jerit si Ahmad, sambil tertawa. "bru je siap keje kiteorg" balas Lan. " ooo..aku ngah boring r..ape plan malam nih?" soalan biasa Ahmad. "ntah r..aku n Shazri nih boring gak nih..da settle kerje ape lg..jum g minum" balas Lan. Mereka bertiga adalah kawan baik di politeknik. Bujang :Lapok poli orang kata. "pakguard x marah ke? ye la duk asrama nih kn x leh nk kuar malam2" tanya Shazri sambil mengemas mejanya. " Pak Man nk marah? wei...aku ngan die da mcm abg adik ko tau " kata Ahmad dengan bangga tetapi dibalas tertawa dari Lan. "Ye la Mad oit..jap2 aku bersiap..ko da siap ke? " soalan Shazri. "ko x nampak aku da siap dengan helmet nih? aku hempuk karang" sambil tergelak-gelak mengacah helmet seperti mahu mengetuk kawannya itu. "dah2...layan korang mau aku mati tahan gelak ko tau?" kata Lan sebelum keluar bilik. " Oit samdol..nk pegi mane tuh?" tanye si Shazri. " nk pegi wat KLCC...aku nk g toilet la..ape lg..adoyai.." kata si Lan. Pintu bilik asrama tersebut boleh melihat terus ke bilik air walaupn selang beberapa bilik. "Minum mana arini? " tanya si Ahmad pula. " aku rase kedai mamak sebelah kuil Hindu tuh ok x? " cadangan si Shazri. Belum sempai Ahmad membalas dia terpandang kearah pintu bilik air tersebut. Dia ternampak Lan berdiri membatu sambil mendongak sedikit kepalanya keatas. "Kenapa tu oit? terkucil ke? haha" gurauan Ahmad tak dilayan Lan. "aik...apesal pulak mamat tuh?" tanya Shazri. Sekarang mereka berdua memandang Lan yg hanya berdiri tegak membatu memandang keatas, kearah silling dihadapan pintu bilik air.Tetapi Ahmad dan Shazri hanya mampu memandang.Terasa kaku badan Shazri dan Ahmad melihat gelagat Lan. Apabila Lan bergerak masuk kedalam bilik air, barulah mereka  menyambung semula perbualan, tetapi dengan penuh tanda tanya. Lan masuk semua ke bilik tanpa sepatah pun yg disuarakan. Di kedai mamak pun bergitu. Lan diam seribu patah, hanya bersuara bila meminta minuman.

Keesokkan harinya Ahmad dan Shazri bertanya mengenai hal semalam. Lan pun bercerita. "semalam lepas aku tinggal bilik kan..nk g toilet...on the way g toilet tu..kn siling atap asrama kita asbestos kn? siling yg dekat ngan toilet tuh da pecah kot..so boleh la nmpak dalam" cerita si Lan sambil didengari 2 kawan baiknya itu. "so aku pn wat selamba je jalan..smpai je kt pintu toilet tuh..aku dengar orang panggil aku...Lan...Lan..lan...sayu je bunyi die" kata2 Lan membuat Ahmad dan Shazri terlopong mendengar seterusnya. "pas tuh aku cari r bunyi tuh..aku ingat korang panggil aku..tp suara tuh dari atas kepala aku..so aku pn dongak" kata Lan. "pas tu ape jadi?" tanya Ahmad. " aku ingat ada budak2 nih kt siling tuh..aku tgk ada mata tenung aku..aku tgk mata tuh merah n mcm marah..aku pn keras kt situ". Ahmad dan Shazri tersentak. "patot la aku n Shazri panggil ko..wat x tau jek" kata Ahmad. "aku pandang mata tuh..aku cari gak kot2 ada nmpak kepala n badan..masalahnya nampak mata jek" kata Lan yg membuat bulu roma 2 kawanya berdiri tegak seperti terasa angin sejuk menghembus mereka. "da tuh nape ko x lari?" tanya teman sebiliknya. "mcm mane nk lari..aku da keras kt situ..pastuh mata tuh mcm pejam..n trus aku bleh gerak" tambah Lan. Smpai sekarang Lan, Ahmad dan Shazri x lagi mengguna tandas V3 itu.


"peh..boleh tahan citer ko Asma..cuak(takot) gak aku dengar" kata Adila sambil melihat jam, 10.30 mlm. "ala...x takot pn...aku pnye citer lg takot..confirm x tdo malam pnye!" kata Zira sambil memeluk teddy bear...

Monday, March 28, 2011

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalahumat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.
Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula.
Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah.
Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada
manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.
Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.
Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau seayat."

Friday, March 18, 2011

100 viewers

thankz to all 100 who watch my blog..first try for me..sory if there any things that incomplete..amateur at work here ok? tq3

Thursday, March 17, 2011

Sanggul Unta?

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.”

Hadis di atas bukan sahaja berkenaan dengan sanggul tetapi juga berkenaan dengan fesyen perempuan zaman sekarang yang bertudung tetapi memakai baju yang singkat,jarang , nipis dan sendat. Bertudung tetapi memakai t’shirt lengan pendek, berbaju pendek sehingga nampak toot.

Wednesday, March 16, 2011

Monday, March 14, 2011

Today 15 March 2011

LELAKI GEMUK LEBIH SERIUS & SETIA

Jangan mudah merasa rendah diri jika kamu termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk. Ini kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi, gempal, atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus & sederhana. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan di Jerman baru-baru ini.

            Soal selidik tersebut yang dilakukan terhadap 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31-69 tahun. Setiap responden ditanyakan soalan tentang tarikan mereka terhadap seksual. Hasilnya, didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka tertarik untuk bersikap curang. Sedangkan lelaki dalam kategori berat badan berlebihan hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Manakala, 19% lelaki yang memiliki berat badan kurang atau terlebih kurus akan bersikap curang terhadap pasangannya.

            Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki gemuk apabila jatuh cinta, akan lebih memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius & bersedia member komitmen jika dibandingkan untuk mencari bersikap curang.

            Selain itu, perut berotot yang dimiliki lelaki atau sering disebut dengan istilah ‘ six pack’, ternyata tidak menjadi perkara utama untuk menarik perhatian wanita. Kumpulan penyelidik dari University of Queensland, Australia membuat kesimpulan tersebut dari pemerhatian terhadap iklan yang menampilkan bentuk tubuh lelaki. Tanggapan penyelidik terhadap tubuh lelaki berotot sama sahaja dengan iklan yang menonjolkan tubuh lelaki memiliki ukuran rata. Para responden yang terlibat dalam soal selidik itu, memberikan tahap sama pada lelaki bertubuh sedikit berisi, ramping & berotot.

            Phillippa Diedrichs, seorang penyelidik mengungkap promosi iklan tidak perlu terlalu menekan pada otot yang kuat & perut berotot. Hasil kajian ini telah menjadi bahan perdebatan di antara pihak media tentang bentuk tubuh lelaki paling sempurna. Malah, hingga kini secara khusus telah memberi gangguan pola pemakanan di kalangan wanita muda.

            Diedrichs menunjukkan contoh iklan jeans, barangan rawatan kulit & pewangi tubuh yang menggunakan model lelaki berotot kini sudah mencecah lebih dari 600 golongan remaja lelaki. Hasilnya memang para remaja member kesan positif terhadap iklan yang menggunakan lelaki berotot. Tetapi, faktanya iklan yang hanya menonjolkan produk lebih efektif dari apa yang dibawakan oleh model tersebut.

            “Beberapa responden beranggapan bahawa model lelaki berotot menunjukan imej homoseksual. Imej tersebut bagi mereka mungkin tidak menyenangkan,” kata  Diedrichs, seperti diperoleh dari Times Of India. Hasil kajian Diedrichs pada tahun 2008 menunjukkan bahawa model lelaki memiliki tubuh berisi atau gemuk sama kesannya dengan model langsing. Dan ini telah mematahkan prinsip industry yang menganggap model berisi ‘tidak boleh dijual’.

ahli parlimen kene tipu daaaaaaaaa

Suatu hari, Dato’ Jejai seorang ahli parlimen mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan iaitu Jenet.

Jenet :”selamat pagi Dato’ Jejai”

Dato’ Jejai :”Selamat pagi, siapa disana??”

Jenet : “saya Jenet , yang pernah tidur bersama Dato’ suatu ketika dahulu”

Dato;’ Jejai : “hah???”

Jenet :”Kalau Dato’ tidak mahu rahsia kita ini terbongkar, saya mahu Dato’ membayar saya sebagai duit penutup mulut”,
Dato’ Jejai :”ok. baiklah. Saya akan membayarnya”

Walaupun dalam keadaan terpaksa, Dato’ Jejai cuba berfikir, dimanakah dia pernah meniduri wanita itu. Keesokan harinya, Dato’ Jejai telah membayar sejumlah wang di suatu tempat yang telah ditentukan. Tetapi setelah beberapa hari kemudian Jenet telefan lagi untuk meminta wang, dan Dato’ Jejai terpaksa tunaikannya kerana takut rahsianya terbongkar. Setelah beberapa minggu kemudian Jenet menelefon lagi dengan menggunakan ancaman yang sama.
Setelah mambayarnya untuk kali ketiga, dengan agak terkasima, Dato Jejai cuba bertanya untuk menjawab segala persoalan dihatinya ….” ok lah, aku tunaikan permintaanmu tapi aku akan terkeliru. Aku cuma ingin tahu, dimanakah tempat kita pernah tidur bersama itu?”

Dengan lembut Jenet menjawab :”kita kan pernah tidur bersama dikerusi dalam Dewan Parlimen sewaktu mendengar Perdana Menteri kita menbentangkan Bajet 2010 “.

Kenapa Allah temukan kita dengan org yang salah?

 Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1.memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

abg hotdog seringgit

video
abg hotdog seringgit yg mengganas di kk2 UMP..akhirnya keluar dengan album baru!

Today 14 March 2011

da lambat la plak p kelas..jalan kaki dr kk2 ump ke blok X..haha..da slalu da mcm nih..dr sem 1 lg..tp pg td terjumpe lak member baik sini..name die korang mesti pelik..n semua ckp die org oversea lah..ape lah..hahaha..xpe..jejalan ngan die skali..die rushing, aku pn rushing..x sempat nk sembang pjg2..tanye pe kabar..tanye pe citer..haha..tu je..xpe2..mybe laen kali kot aku citer pasal die kt korang ek...

then smpai kelas..kelas EnE...stdy pasal transistor plak..P type n N type..ape 2? haha..pening2..makin lama makin kuyu mata..adoiyai..bile la kelas nk abis..tulis nota sikit..mana yg cukup..tgk dak2 kelas..mcm ragam..ada yg bersembang..ada yg mengumpat (opss!)...haha..typical dak2 jahat pembuatan..haha..tp agak best time sir ajisman tanye soklan..semua sebut name org laen..name aku pn ade...adeh..ciss..wat dunno jek...last2 panggil najib..hebat nate nih!..pandai tuh..wahaha..

pas 2 kelas ODE..biasa la..kalo x masuk depan2..alamat duk belakang..nasib2..xpe2..sebelom nih mmg duk depan..kasi can la..pas 2 g makan kk1..nk makan pe pn aku x tau..haha..last2 makan mcm biasa..ayam n kari..tuh je..cukup la..kenyang teman..haha..makan ngan pizi, hariz, n panjang..lupe lak kecik pn ade..haha..makan2..pas tu terus gerak..cuaca kt gambang nih bes..asl nk gerak je ujan..mendung..pas 2 cerah..pas tuh tunggu la petang..ujan balik..mau demam nih..balik si kecik pinjam moto si hariz..naek sambil tarik si pizi..haha..da smpai..ingtkn nk tdo..tp last2 tgk movie n wat blog nih...aih..ape lg nk jadi nih..kite tgu jek ek..esk test bi..mampus!

Jejak?

name : Ahmad Shaharuddin bin Mukhtarruddin
born  : 13 August 1989
starting my own blog..well trying actually..feel free to comment or anything..n actually im comming up with an idea of writing a short story..