Total Pageviews

Friday, April 8, 2011

Nasi lemak adik.....siri 1

"Argh....byknye keje" merungut si Adila sorang2 dalam bilik. Dia stress memikirkan assigment yg dia harus selesaikan dalam 2 hari. Ditambah pula dia adalah salah seorang AJK persatuan di politeknik. Adila, seorang gadis berumur 18 tahun, pelajar semester 1 di sebuah politeknik. Dia memang sudah terbiasa dengan kerja2 yg bertimbun-timbun. Tetapi malam ini terasa lain sikit. Teman sebiliknya, Ana, telah pulang ke kampung halaman kerana urusan keluarga, 'sorang2 nampaknye aku nih' kata Adila sambil mengeluh. Dia dan teman sebiliknya menginap di asrama politeknik yg mempunyai 3 tingkat. Jam baru menunjukkan pukul 10 malam. Adila tekad untuk menyiapkan 'assignment' dia mlm tersebut juga.

"Tengah buat ape tu Dila?". Adila dikejutkan dengan suara di pintu. "Ooo..ko Zira..nk ape?" balas Adila. "tak ada ape, saje nk kaco ko" dibalas dengan senyuman. Mereka bersembang sambil tangan Adila menari-nari menyudahkan kerjanya. Adila memang terkenal dengan 'multitasking'. "Sembang2 tak ajak aku ek?" kata Asma, jiran searas yg berdiri di depan pintu bilik. "Masuk la Puan Besar! Hahaha" tertawa si Zira. Mencebik si Asma. "Ape yg korang sembang-sembang nih?" tanya dia. "xda ape2 pun..sembang kosong jek" balas Zira. "Kalo mcm tuh nk dengar citer x?" cadangan Asma yg disambut dengan senyuman daripada Adila dan Zira. "ok gak 2..tp citer ape?" tanye si Adila. "citer hantu, yg aku dengar dr kak senior sem 6, Kak Rad. "Citer je la..ngah boring2 nih boleh gak layan citer hantu" sapa Zira sambil memeluk teddy bear kepunyaannya. "ok mcm nih citer nye..."

Mcm nih ceritanya...rakan sebilik dan sekelas Shazri dan Lan baru je menyiapkan kerja presentation yg En Manogaran bagi untuk subjek Mekanik Bendalir. "Oit..buat ape 2?" jerit si Ahmad, sambil tertawa. "bru je siap keje kiteorg" balas Lan. " ooo..aku ngah boring r..ape plan malam nih?" soalan biasa Ahmad. "ntah r..aku n Shazri nih boring gak nih..da settle kerje ape lg..jum g minum" balas Lan. Mereka bertiga adalah kawan baik di politeknik. Bujang :Lapok poli orang kata. "pakguard x marah ke? ye la duk asrama nih kn x leh nk kuar malam2" tanya Shazri sambil mengemas mejanya. " Pak Man nk marah? wei...aku ngan die da mcm abg adik ko tau " kata Ahmad dengan bangga tetapi dibalas tertawa dari Lan. "Ye la Mad oit..jap2 aku bersiap..ko da siap ke? " soalan Shazri. "ko x nampak aku da siap dengan helmet nih? aku hempuk karang" sambil tergelak-gelak mengacah helmet seperti mahu mengetuk kawannya itu. "dah2...layan korang mau aku mati tahan gelak ko tau?" kata Lan sebelum keluar bilik. " Oit samdol..nk pegi mane tuh?" tanye si Shazri. " nk pegi wat KLCC...aku nk g toilet la..ape lg..adoyai.." kata si Lan. Pintu bilik asrama tersebut boleh melihat terus ke bilik air walaupn selang beberapa bilik. "Minum mana arini? " tanya si Ahmad pula. " aku rase kedai mamak sebelah kuil Hindu tuh ok x? " cadangan si Shazri. Belum sempai Ahmad membalas dia terpandang kearah pintu bilik air tersebut. Dia ternampak Lan berdiri membatu sambil mendongak sedikit kepalanya keatas. "Kenapa tu oit? terkucil ke? haha" gurauan Ahmad tak dilayan Lan. "aik...apesal pulak mamat tuh?" tanya Shazri. Sekarang mereka berdua memandang Lan yg hanya berdiri tegak membatu memandang keatas, kearah silling dihadapan pintu bilik air.Tetapi Ahmad dan Shazri hanya mampu memandang.Terasa kaku badan Shazri dan Ahmad melihat gelagat Lan. Apabila Lan bergerak masuk kedalam bilik air, barulah mereka  menyambung semula perbualan, tetapi dengan penuh tanda tanya. Lan masuk semua ke bilik tanpa sepatah pun yg disuarakan. Di kedai mamak pun bergitu. Lan diam seribu patah, hanya bersuara bila meminta minuman.

Keesokkan harinya Ahmad dan Shazri bertanya mengenai hal semalam. Lan pun bercerita. "semalam lepas aku tinggal bilik kan..nk g toilet...on the way g toilet tu..kn siling atap asrama kita asbestos kn? siling yg dekat ngan toilet tuh da pecah kot..so boleh la nmpak dalam" cerita si Lan sambil didengari 2 kawan baiknya itu. "so aku pn wat selamba je jalan..smpai je kt pintu toilet tuh..aku dengar orang panggil aku...Lan...Lan..lan...sayu je bunyi die" kata2 Lan membuat Ahmad dan Shazri terlopong mendengar seterusnya. "pas tuh aku cari r bunyi tuh..aku ingat korang panggil aku..tp suara tuh dari atas kepala aku..so aku pn dongak" kata Lan. "pas tu ape jadi?" tanya Ahmad. " aku ingat ada budak2 nih kt siling tuh..aku tgk ada mata tenung aku..aku tgk mata tuh merah n mcm marah..aku pn keras kt situ". Ahmad dan Shazri tersentak. "patot la aku n Shazri panggil ko..wat x tau jek" kata Ahmad. "aku pandang mata tuh..aku cari gak kot2 ada nmpak kepala n badan..masalahnya nampak mata jek" kata Lan yg membuat bulu roma 2 kawanya berdiri tegak seperti terasa angin sejuk menghembus mereka. "da tuh nape ko x lari?" tanya teman sebiliknya. "mcm mane nk lari..aku da keras kt situ..pastuh mata tuh mcm pejam..n trus aku bleh gerak" tambah Lan. Smpai sekarang Lan, Ahmad dan Shazri x lagi mengguna tandas V3 itu.


"peh..boleh tahan citer ko Asma..cuak(takot) gak aku dengar" kata Adila sambil melihat jam, 10.30 mlm. "ala...x takot pn...aku pnye citer lg takot..confirm x tdo malam pnye!" kata Zira sambil memeluk teddy bear...

No comments:

Post a Comment